Tuesday, June 14

bicara bisu seorang aku...

Sesungguhnya sehingga saat ini aku merasa terkilan...
Aku terkilan dengan tindakanmu...
Saudaraku...
Di mana malumu sebagai seorang perempuan...
Tindakanmu itu seperti merelakan maruahmu diinjak-injak...
Umpama menjemput tohmahan ke atas diri dan keluargamu...
Mungkin kau menganggap aku tidak layak menasihatimu...
kerana aku hanyalah seorang saudara...
yang hanya dewasa beberapa ketika darimu...
Di mana tanggungjawabmu sebagai seorang anak...
Membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan ibubapamu...
Di mana kasihmumu sebagai seorang saudara...
Apakah kau lupa kau masih mempunyai saudara...
Memperlakukan kami seperti kami tidak mempunyai pertalian darah denganmu...
Mengetepikan perasaan kami...
Diam kami bukan bermaksud kami merelakan segala tindakanmu...
Diam kami kerana memberi ruang untukmu berfikir...
Apakah itu kata putus untuk haluan hidupmu...
Kami menghalang bukan kerana ingin menyekat kebahagiaanmu...
Tetapi kerana perjalanan hidupmu masih jauh...
Diriku tertanya-tanya...
Apakah kau tidak pernah memikirkan masa depanmu...
Masa depanmu sebagai seorang yang mengejar cita-cita...
Bukan aku cemburu denganmu...
Tidak pernah terlintas di sanubariku akan hal itu...
Tapi aku mengharapkan kau dan aku sama-sama akan mengejar cita-cita...
Kemudian membalas jasa ibubapa kita...
Tapi baru kini ku sedar...
Rupa-rupanya impian kita tidak sama...
Destinasi lain yang kau tuju kini...