Thursday, March 31

Perjuangan belum berakhir

tak nak cakap ape-ape, tak nak merapu ape-ape, tak nak luah ape-ape, cuma nak post ni aje...

my timetable as well as desktop background for da next two weeks++...guna background yang menarek supaya setiap kali tengok rasa semangat sikit nak buat kerja...T_T...
*notajari : Ya Allah, kurnikanlah kekuatan untukku mengharungi kehidupan ini...sesungguhnya aku hamba-MU yang lemah...

Friday, March 25

aku pergi jepun

salam...
ari rabu ari tu aku pegi jepun...
eheh...cam poyo je kan wat ayat gitu...gaya macamla jepun kat sebelah umah 73d ni je...hahahaha...
ok, sori for being a lil bit poyos....sebenarnya ari rabu ari tu ade asean festival dekat u... so aku pun ape lg...
aku ni konpom teruja lah bila dgr perkataan asean2 nih...hahaha...sbbnya dah lama mengimpikan nak pegi asean festival...[agak hiperbolakah ayat aku di situ? hahaha] macam pegi asean festival kat mane je...padahal dekat courtyard yang tak berapa nak indah tu je pun...

sebabnya aku nak pegi sangat asean festival tue??? jeng jeng jeng....
aku nak tengok kimono secara live...hahaha
kalo ade rezeki nak try pakai...tapi yang aku pegi tak boleh try...huhuhu
tape lah, takat boley tengok live tu pun ok je lah dulu....
nanti pegi asean festival kat tempat laen pulak okeh???

ngan mira...transit kt china dulu sebelum fly ke jepun..ngeh3...

xdapat pakai, bergambo pun jadi la dpd kempunan...hihihi

jepun..ngeeee

pis no war!! =)

yeah3...akhirnya aku berjaya jgk aku bergambo dengan kimono setelah sekian lama...huhu

comey jep aku nengok papan ni..aku ingt lam cter doremeon tuh, men benda nih kalo kalah kena conteng muka...


notajari: awak-yang-pakai-kimono-pink, saya xpost pic tu kt pisbuk, cuma post kt blog je...agpun sape la nk bukak blog saye nih...=) 

andainya lelaki tahu

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami,  mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

*notajari: copyright from cik bunga mewangi, 2011.

proposal for marriage

Al-kisah seorang lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin... disampaikan hasratnya itu kepada si perempuan... Lalu berkatalah si perempuan kepada si lelaki.."Hantarkan satu Marriage Proposal kepada saya untuk dipertimbangkan". Maka, terhasillah satu proposal dalam sejarah perkahwinan....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

~~Ini adalah contoh PROPOSAL seorang LELAKI kepada seorang WANITA yang ingin dikahwininya~~

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



INTRODUCTION

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:



"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)



Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan.



PROBLEM STATEMENT

Mencari CINTA spritual kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui.



* Carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunah Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya untuk menambah umat dan kerana mengikut perintah ALLAH. (sumber: iluvislam)



QUESTIONS

1. Adakah "si dia" mempunyai ciri-ciri isteri yang solehah?

2. Bagaimanakah untuk menjadi suami yang soleh?



HYPOTHESIS

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)



OBJECTIVE

 Mencari keredhaan ALLAH, bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok.



SIGNIFICANT OF MARRIED

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”



METHODS

1. Ibu Bapa

2. Saudara-mara

3. Rakan-rakan

4. Orang tengah



POPULATION

Keluarga bakal isteri



SAMPLE & SAMPLING TECHNIQUES

1. Mengikut kepada bilangan ahli keluarga bakal isteri

2. Teknik survey & interview akan digunakan



DATA COLLECTION

Dari Mughirah bin Syu’bah berkata “Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda, ‘Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian berdua.” (HR Nasa’I, Ibn Majah dan Tirmidzi).

1.Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.

2.Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.

3.Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.



DATA ANALYSIS

1. Musyawarah antara ahli keluarga

2. Solat Istikhrah iaitu  dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah proposal ini DITERIMA atau DITOLAK?? Just wait, see & read...

**to be continued in PART 2**~~ngee~~

*notajari: Copyright 2011, by Cheq Zaa

aku-sakit

salam...
semalam kena lelah lg...
teruk...dada aku sakit sangat sampai tak leh wat ape2...
dah 2 ari sakit sebab selalu kena hujan mase balik kelas,
tapi semalam makin teruk sebab kena hujan malam mase balik kelas jepun...
bila time aku sakit macam ni memang buat aku teringat sangat-sangat dekat mek ngan ayah...
setiap kali musim hujan, mek mesti risau kan aku...takut aku kena lelah teruk...
kalau aku sakit, mek letak balm dekat belakang aku...i really miss that moment!!!
masa mek ade, kalau 2 3 ari aku tak call, mesti mek call aku, sebab dia tau mesti aku sakit lagi...
mek dengan ayah selalu pesan kat aku,
jangan mandi malam...
jangan mandi malam...
jangan mandi malam...
dulu degil, mandi jugak kalau tak boleh tido...
tapi sekarang...
aku tak mandi malam dah...
sebab tak de orang nak letak balm dekat belakang aku dah kalau aku sakit...T_T


"YA ALLAH, RAHMATILAH ROH IBUKU...
SEMOGA IBUKU DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN...
KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BERPANJANGAN UNTUK AYAHKU...
SEMOGA AKU DAPAT MEMBALAS JASAMU MEMBESARKANKU..."






*notajari: i'm sorry for make you waiting for my call, but i really can't bear that pain...
i'm sorry, really...
 

Wednesday, March 23

aku yang pelupa...

salam...
aku nk cerita pasal tragedi aku seorang pelupa nih...bila aku teringat balik tragedi nih memang senak perut tahan gelak ar...hahaha...ntahla...pelupa tahap ape dah aku nie...
tadi naek moto pegi kelas aku tak pakai helmet!!!! hahahaha
yang lagi tak tahan nak gelak tuh sampai ke sudah aku tak perasan, dah sampai dekat tempat parking moto tu, turun moto, bagi beg mira...tiba time nak bukak helmet...aik???? mane helmet aku???!!!! hahaha

padahal mase on d way tu bape kali aku tengok side mirror, tengok je muka aku dalam tue, tengok tudung aku yang macam bendera je berkibaran dengan megahnye, tp boleh lagi tak perasan aku tak pakai helmet mase tue...yg lebih tragiknya lg, banyak kali mira tanya aku yg dok belakang dia nih, dia punye cover yang depan helmet tu kena kabus, jadi ade titisan air, sampai tak nampak jalan...macam cemin keta dah gayenye... dan aku pulak dengan konfiden jwb... tak, takde pun... hahaha...dah tak pakai helmet memang la xde... hahaha...tapi spek aku kena jgk ar...

yang heran lagi tue, kami boleh lepas dekat pak gad tuh...mungkin sebab mase tu jalan cbuk, kete banyak pak gad tu tak sempat nak tengok semua, lagipun aku pakai tudung hitam, tu yang dia tak perasan kot... dan lagi..mase sampai kt pak gad tu, ade 2 orang budak lelaki depan atm, diorang tengok aku dengan mira pelik jah... aku pelik dah, patutnye aku la tengok pelik kat diorang sebab ari selasa pakai baju koprat... ni tak, diorang pulak yang tengok kami lebih2...pastu bila aku ingat balik, mesti diorang cakap macam ni, berani betul  budak 2 orang ni naek moto masuk u tak pakai helmet...hahaha

ari tu dah penah sekali, aku tengok side mirror baru perasan tak pakai helmet..  dahla jalan tu highway, so mira kena pusing balik kat lampu merah, tak boleh nk u-turn sesuka ati jep...ni dah sampai parking baru perasan... dah banyak kali dah.. tapi mula2 kua pintu rumah tu ingat dah, pastu dah lama ckit dah kunci pagar baru ingat, pastu dah nak kua jalan besar, dekat highway, ari ni dekat u baru ingat...hahahaha...kritikal dah aku nie....  tadi tu pasal aku kua masuk 2 3 kali, biasanya kua tue sekali sauk je, helmet, buku ngan fail, tumbler, kasut...haaa, dah..kua, kunci pintu...ini tidak, kejap masuk amek buku mira, kejap masuk amek kasut... tp mmg aku selalu pelupa lah... selalunya kalau pegang something kat tangan, pastu jalan ade stop kat mane2, p letak pulak barang yang aku pegang tue, mesti tinggal dah barang tue, jarang sangat aku ingat nak amek balik...

Saturday, March 19

T_T.....

i miss her...
i miss her...
i miss her...
i miss her...
i miss her...
i miss her...
i miss her...
i miss her...
i miss her...
i miss her...
i miss her...
i miss them...T_T
Ya Allah, rahmatilah roh mek, semoga mek ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin...

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan dan kesejahteraan kpd ayahku...semoga aku sempat membalas jasa2mu...

kak ct...kembar aku...=)
miss them....

aku-bengang-giler-ari-nihhh!!!!


Salam… hari ni dh sampai kedah, dari umah… tp aku ni mmg dh ditakdirkan ade masalah kalo nek bas agaknya..macam2… bas xrosak, org dalam bas pulak yg rosak…uh3…

Aku kena duduk seblah sorg bdk lelaki ni… budak ke? Ntah, xtau dial g tua daripada aku or aku lg tua daripada dia, tp yg penting perangai dia sangat menjengkelkan hati nurani aku nih…huhhhhh

Aku dok sebelah dia bleh plak dia impit2 aku, ingat nasi impit ke ape? Maser sebelum aku duduk sebelah dia tu bleh plak duduk elok2, ni lepas aku duduk, mcm2 gaya…kejap mengadap sana, kejap mengadap aku… uhh xkuasa aku nk layan… mula2 dia tolak2 beg yg aku letak kt kaki, pastu aku tolak balik… xpuas ti betol, naseb xjatuh paper bag aku yg letak periuk kukus pujaan ati mira ngan zatie tuh…aku tahan paper bag tu dengan kaki, pasal tu la xjatuh…

Pastu dia xpuas ati lg, dia angkat siku dia luas2, saje jep nk bg kena aku…makin jauh aku kalih, makin dekat dia…huhhh!!!! Xsekolah punya budak!!! Kuang hajo betol…las2 aku geram aku sepak dia… xlogik kalo dia nk duduk tu pakai space luas sgt sampai masuk kt seat aku sbb dia bukan gemuk pun, keding jep…

Dah kena sepak pun xserik lg, dia bkak econ kuat2222, pastu 2 2 econ tu hala kt aku, bajet aku nk heran sgt la tue…aku yg mmg dh pakai sweter ni..pakai topi pastu tarik zip sampai atas…aku tgk dia pun butangkan dia punyer sweter, huhhh…tau plak sejuk, las2 pas lma dok maen2 ngan econ tuh bru dia tutup, 2 2 tutup..sejuk la tue, hamek kau…padan muka… macam xpenah naek bas yg ade econ ke ape dia nih…

Aku geram sgt22…dia tdo mngadap aku, pastu bunyi berdengkur kuat sgt kt telinga aku, aku amek beg lptop, letak tgh2 antara aku dgn dia…terus dia mengadap tingkap…hahaha… padan muka…reti pun aku ni da menyampah sgt222 dh dengan perangai dia tuh….sampai la ke sp ni sepatah pun aku xcakap dengan dia, asal dia wat pelik3 aku bg jellingan maut punyer…

Lg satu… dia duduk angkat kaki atas seat….kaki dia bau stoking!!!!! Aku memang tahap bengang tahap ape dh ngan budak tue ari ni…sesia jep aku dapat dosa dok berbaku2 maki bdk tue sepanjang perjalanan dari Kelantan ke sp nih…tp dalam hati je la…huhuhu

lari-balik-rumah


Aku lari dari kedah balik kg..hihik…balek selasa mlm, xpegi test IS, ponteng klas jepun sbb nk g test, tp test pun xpegi, ponteng klas RM, klas PR ari rabu ngan klas database ari kamis..tp yg aku ponteng tu sume klas tutorial la, kalo lecture aku pun xbrani nk ponteng… tension sgt dok cni, lari balik..hihi… 

balik umh dengan gembiranya, mcm xde ape2, lupe asemen, test, ngan problem2 len yg ade kt cni… senang ati je dok kt umh, bkak lptop mlm sblum dtg cni je, tu pun bkn wat asemen, saje je bkak, sbb ase rugi bwk balik lptop berat2 tp xbukak pun..hihi.. bes sgt2 ar balik umh kali nie, sbb aku ase beban aku da lepas ckit…

blik tu pun aku wat seprise kt kak, aku xckp pun ngan dia aku balik, ms ngah tggu bas nk balik baru aku kol ayh, ckp aku nk balik… pesan kt ayh jgn ckp ngan kak, bg dia tekejut tgk aku ade kt umh pg2…hihi…dia tekejot tgk beg lptop yg dia bg aku guna tue ade dpn bilik pg2…hahaha… aku wat cmtu sbb sian kt dia jgk, takot nk bg dia ngan ayh berharap lg, da bpe kali aku ckp nk balik tp asek2 kena pospon jep..bia dia tak tertunggu-tunggu, tgk2 aku dh sampai umh dh…

Pegi makan mi celup ngan kak, g jalan2 rantau panjang carik kemeja yg zatie kirim, beli periuk kukus utk wat puding kt cni, g wat spek baru… hohoho… spek aku yg lama tu da x bleh pakai…aku akan rase pening kalo pakai spek tu lama2… rupa2 nya sbb power spek aku da naek, dari 90 ke 250-175…huhu…byk gler naek tuh… ptut ar pning… silau pun byk, 125 kot…teruk ar mata aku skang, so pas ni kene slalu pakai dh, xbleh selalu bukak mcm dlu, pakai tym dlm klas je…ayh kata power spek aku makin teruk sbb aku pakai yg lma tue, power dia xcukup ngan rabun mata aku skang dh…

spek baru, bingkai maro0n..hohoho
Pastu g carik tiket, tiket ade ari jumaat pg je, ari sabtu abes dh…kak kata dia baru nk ase bes sbb ade teman dok kt umh, ni aku kna g cpt plop…aku pun sdeh gk nk mai cni, sian dia dok umh ngan ayh je…
Kak kata ayh selalu xlalu makan nasik skang nie, xpun mkn nasik ckit je, sbb dia kta ase sok’oh bila mkn nasik byk. Risau aku ayh nih…ms aku dok umh pun mmg ayh mkn nasik ckit je. Ari tue masa k.ja balik bukan maen suke ag ayh maen ngan ain… mesti ayh sunyi sbb umh xde org skang nie…

ain khusyuk maen sorg2...sian dia

ain ngan atuknya...


Tuesday, March 15

Satu projek suda beres..=) tinggal lg dua..=(


Projek pr aku dh beres… hihihi…hepinye, ase cam nak melompat2 pun ade…yela byk dugaan yg terpaksa ditempuhi masa buat projek pr nih…ok, ayt agak skema di situ…=)..ase lepas dh beban dkat sebelah bahu aku…asalnye pr tu stand for public relation, tp sbb byk sgt masalah, kitorang pgil problem relation..hahahaha

Bes sgt wat program kt kg teroi tue, terubat la jgk rindu dkat kg aku…huhuhu…aslnya pegi nk wat prog utk pr je, tp siap dpt kuarga angkat lg..2 dlm 1 la kiranya… yg kitorang respek ngan org2 kg tue ialah, diorang ni dari yg kecik2 bdk tadika, sekolah rendah, menengah sampai la yg tua2 pangkat mak ayah org support program kitorang tue…kire mencapai matlamat la…[masuk bakul angkat sendiri nampak..hihi] 

Mase prog tu aku jage utk bahagian sukaneka, jd keje aku ialah daftar nama utk budak2 yg nak masuk sukaneka, setting tmpat, sampai la ke yg buat utk acara 2…semua aku, partner aku tu nmpak btg idung dia tym sukaneka nk stat je, tukang tiup wisel…maser acara makan epal tue dia dok gesa2 sampai aku ase nk bg penyepak je, terus dia diam tersengih2 pas aku ckp mcm tue...aku tgh tension, penat lg, sakit tekak dok jerit2 lg, byk benda nk wat, dia bleh dok gesa2 aku…huhuh…hampeh punyer budak!

Maser keje grup laen pun mmg ramai yg xnak grup dgn dia pasal tula, tp dh aku kena dgn dia terPAKSA redha je, yg naseb baek tu sbb aku dgn sama2 asl2 kelantan, pstu aku lg tua, so dia xbrani nk lawan2 aku mcm ngan bdk2 len..heheh…

bebudak grup A - grup aku ler tue



meleleh ayaq liuq aku nengok epal nih..haha =p
berbaris sebelum kene buli..=p
budak2 ngan mak budak sekali protes sape menang..haha!! =p


*notajari :  mekaseh untuk semua!!!



Wednesday, March 9

nice to know...=)

  • Ants Problem : Ants hate cucumbers. Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.
  • To get pure and clean ice : Boil water first before freezing.
  • To make the mirror shine : Clean with alcohol.
  • To remove chewing gum from clothes : Keep the cloth in the freezer for an hour.
  • To whiten white clothes : Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes
  • To give a shine to hair : Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair.
  • To avoid tears while cutting onions : Chew gum.
  • To remove ink from clothes : Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.
  • To get rid of mice or rats : sprinkle black pepper in places where you find mice or rats. They will run away.

SESUATU Di ANTARA WAKTU…


      Pernahkah suatu ketika kita mendapati bahawa ternyata secara tak sengaja telah menyakiti hati orang2 lain di sekitar kita. Kita melangkah memulai hari tanpa mengerti bahawa kelmarin, dua hari lalu, atau hari2 sebelumnya lagi, entah berapa orang yang tidak berkenan dengan apa yang telah kita lakukan. Walau tanpa sedar, walau tak bermaksud demikian, namun hati yang terlanjur disakiti, sulit untuk dipulihkan lagi.
 
      Pernahkah kita menyedari bahawa mungkin hari ini kita telah mengecewakan banyak orang ? kita menyangka bahawa  hari ini telah dilewati dengan lancar tanpa gangguan dan kita akhiri dengan tidur nyenyak. Namun ternyata pagi tadi, saat kita lupa untuk mencium tangan orang tua untuk keluar ke pejabat, terbersit sedikit kecewa di hati mereka. Pagi tadi, saat membayar tambang bas, kita memberikannya dengan huluran yang kasar hingga konduktor merasa terhina. Pagi tadi, saat masuk ruangan pejabat, kita lupa menyapa dan memberi salam dan senyum pada penyambut tetamu dan beberapa teman yang sudah datang, hingga yang kita suguhkan hanyalah wajah lelah berasak-asak dalam bas dan kerut kening petanda banyak kerja yang harus diselesaikan hari itu.
 
      Pernahkah terfikir oleh kita, bahawa sedikit kesan tak enak yang orang lain rasa dari tingkah laku kita, dapat membekas begitu dalam tanpa kita menyedarinya. Membuat mereka berasa sedih, kecewa, kesal, atau bahkan marah pada kita. Tanpa kita menyedari, bahawa hari itu telah kita lewati dengan menyakiti hati begitu banyak orang. Dan saat hati2 mereka telah luka, rasanya tak lagi bererti permohonan maaf saat kita ucapkan, “I didn’t mean to…”
 
      Kesalahan yang tak disengaja, terkadang membuat kita sendiri hairan dan tertanya, “bila aku melakukan hal itu ?  betul ke aku telah bersikap kasar padanya ? ah, aku tidak bermaksud begitu. I didn’t mean to…” dan sekian banyak maaf yang kita ukir untuk diri kita sendiri, tanpa peduli orang tersebut masih merasakan sakitnya sehingga kini.

      Tak usahlah lagi alasan itu dicari. Mari mulai memperbaiki, mulai saat ini, sebab kita tak pernah tahu bila diri kita pernah menyakiti orang lain. 

*source: Blues Selamanya [tak ingat bila punya edisi...=)]

                                                                                          

Tuesday, March 8

kusus kawen...[bling bling]

salam...
ari tue post entry pasal jodoh...
kebetulan mlmnye dpt invitation pegi kusus kawen dpd umie...zatie pun ajak pegi skali, sbb dlm umh aku ni kami 2 org je xde sijil kusus kawen lg...hahaha

ita dengan mira dh pegi maser dip...lgpun mira tu logik la dia nk kawen cuti sem ni dh...hmmmmmm....
cam nk kawen esok lusa je gayanya...tp mira ngan ita kata..pegi je...6t dh nk kawen xde sebok2 nk g kusus dh...hmmm...tgk ah dulu cemane...kalo rajin pegi...=D

so entry ni nk cakap pasal kawen la...hihihi
hmm...sebenarnya aku ase aku xbrape nk layak lg nk cakap pasal kawen neh...hahaha...pasalnya??? aku xbersedia lg...boleh ke cakap macam tue? boleh je kan, sbb benda ni depends pd diri sendiri kan?

di usia 22 tahun++ ni aku ase aku ni terlalu muda lagi nk fikir pasal benda ni... mmg la org cakap faktor umur bukan soalnya...tp bg aku, benda ni masih jauh lg...mase depan aku tak tentu lg...mmg dpd dulu aku pikir mcm tue, kalo aku kawen pun maybe dlm umur 25++...byk lg benda yg aku xtau, benda yg aku kena belajar pasal idup nie...

aku xready lg nk melangkah setapak ke arah itu...lgpun arwah mek pesan, kalo nk kawen, abes kan study dulu ape2 pun...jgn sebok nk kawen mase study... keje dulu, 6t dh keje, bg duit dkat mek ngan ayh, byr utg [ptptpu tuh] beli ape yg tringin nk beli ms blaja ni, pegi mn2 tmpat yg xdpt pegi sblum tue... 6t dh puas ati bleh la kawen...

ade je org yg cakap 6t da kawen pun bleh wat sume2 benda tue, tp rasenye xsama...kan?
maser tu nk wat ape2 pun kna pikir psal org yg kita share idup kita dengan dia tuh...aku kan nk jadi isteri mithali? hihihi




dulu aku ikot ckp mek sbb aku ase sbb mek yg pesan mcm tue, tp skang ni kan dh tau pk sendiri, so mmg itu benda yg aku nak sebenarnya...

tp kan...bila dikelilingi dgn member2 sebaya or lg muda tp dh kawen, yg nk melangkah ke gerbang perkahwinan... dh ade anak, dorg selalu tny, bila aku nk kawen lak...selalunya aku jwb...xtau???hihihi...6t da smp seru tu kawen la kan... relevan la jwpan aku dgn soklan tuhkan? hahahaha...dh dorg ni blek2 tny soklan yg sama, boring plak nk jwb, cam xde benda laen dh nk tny...

lgpun incik dia tu pun kta cmtue, kalo aku ckp aku tgk gmbr member kawen ke, cte pasal member yg dh or bakal nk kawen ke? mesti dia cakap macam ni...

"aii...dh nk kawen sgt ke?" hahaha...xsemstinya bila ckp pasal kawen ni otomatiknya ase nk kawen tym tu jgk, mmg la nk kawen. tp xtau bila...=D

lg 1 kan, ari tue incik dia ckp, "kalo dia nk kawen, kawen je la..." haaaish, dhtu aku nk kawen ngan sape? dh incik dia xkawen lg, mesti la aku pun xkan kawen lg, aku nk kawen ngan dia, bkn dgn org laen...huhuhu...ok, forget it, dh melalut jauh dh nie...

td cter pasal ape ek? haaaa, cter pasal member2 yg tny bila aku nk kawen...hmmm...
aku ase tanggungjawab org yg dh kawen ni sgt berat, tanggungjawab sbgai isteri, anak, menantu, ipar, mcm22222 tanggungjawab lg la... kalo dh kawen 6t mesti dpt anak, [Insya Allah], haa..tmbah lg...jd ibu plak...diri sendiri xterjaga lg, nk jaga org laen mcm mn???huhu

so, aku ase aku sgt2 xbersedia lg nk ke arah itu, bia lah org laen kawen pun, aku xkisah kalo kena kena g carik adiah untuk member2 aku yg nk kawen nie...=D

aku pun tumpang gembira untuk diorang...seru diorang dh sampai kan... aku punyer bullet train seru utk kawen tu xbertolak lg,  kalo dh bertolak tue, aku ase sepantas kilat aku akan kawen, yela, bullet train kan??? hahahaha

so, lepas ni kalo org tny pun, aku akan jwb mcm tu jgk la...xkira lah berapa org yg tny pun...skema jwpannya mcm tu lah jgk...

tp yg tny tu biase la, adek2 dlm kelas..[adek ke?] hihihi..aku ase aku ni xbeza mn pun dgn dorg, takat umur setaun 2 tuh, ape la sgt, padahal dorg yg lg matured dpd aku sebenarnya...hahaha...tp dh dorg pgil kak, otomatikli aku terasa diri ini sgt tua...hahahaha

heran aku, xboring ke dorg ni asek tny benda yg same je, dgr jwpan yg same je...kalo tiap kali dorg tny tu aku bg jwpan laen tu ye la jgk kan???

ok, done with merapu hari ini...=D 

“In the arithmetic of love, one plus one equals everything, and two minus one equals nothing.”
~Mignon McLaughlin

…SESUATU YANG BELUM PASTI SEDANG MENANTI…HALUANKU YANG BERPAKSIKAN TAKDIR, SUKA ATAUPUN DUKA, MENGIKUT JEJAK LANGKAHKU…

Saturday, March 5

Jodoh

Renungkanlah Sedalam-dalamnya..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


*source: www.iluvislam.com

tips bangun subuh...

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu. termasuklah aku...huhukkk
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!


Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.

*notajari :  info ni aku amek kt www.iluvislam.com

tiada yang kedua

Haruskah aku menerima
Kasihmu yang baru menguntum bunga
Jangan hanya indah di mata
Jangan disiakan madah cinta
Namun bintang bukannya satu
Kerdipan hatiku ingin kau buru
Andainya kau kehampaan
Jangan aku yang jadi alasan

*

Ku fikir kau teman biasa
Tidak akan berputik cinta
Mungkin jua belum menjelma

Korus

Aku tak sanggup dikecewa
Cinta ku satu untuk selamanya
Aku pencinta yang setia
Mustahil ada yang kedua

Ulang bridge dan korus

Yang Kedua…
Tiada Yang kedua…

*notajari: ni adelah lgu tym aku memula rapat ngan incik dia...hihihi...too cheesy lah....=))

p-r-e-s-s-u-r-e

huhu...ni pasal ari rabu ari tue...tp sampai ari ni xsetel2 lg...
sume2 msalah nk dtg tym nie...smpai aku dh xtahan...ase nk lari blik umh tym tue gk...blik umh, release tension, then dtg cni blik...even blik kjap je...aku rela...ase xsanggup dh nk dok cni...

byk sgt, smpai xlarat nk pk...smpai aku nanges tgh2 mlm...xbleh tdo...smpai aku ngadu dkat incik dia, xtahan dh...incik dia kta aku pk byk sgt...tp kalo xnak pk nk wat cmne, benda dlm otak ni bukan bleh nk kontrol2...huhu...lpas ckp ngan incik dia bru ok ckit...
ok, skang aku nk list benda2 yg wat aku tension mggu nie...

first...
presentation...ni mmg wat aku tension, kna org 1st yg kna present lak tuh...nk wat cemane, dh nma aku mla2 kan...dari ari mula2 aku tau lg aku dh tension dh...mmg la dh prepare awl2 sume benda, tp stil tension gk..xtau la nape...
smp mlm tue aku tdo termimpi2 aku present, bgn tdo mate bngkak, sbb nanges semalaman, pastu 1st thing yg aku ingt bla aku bgn tdo ialah: AKU KENA PRESENT ARI NIE...

2nd...
pasal pr...mcm2 la...
ni yg paling wat aku tension, penat2 turun naek pejabat, ulang alik pegi library sbb meeting, then permohonan nk pinjam brg xlulus lak...
tu xpe lg...sbb mmg dh agk yg xdpt tue...tp care dia sbg org tertinggi dlm u tue, lyn student, biadap!!! taula dia ade kuasa, tp jgn smp org dh x hormat...
dh la xlulus, pastu ckp bukan men lg kasar, smp mati aku xnak jumpa f2f dh dgn org tua tuh...huh!!!!!
yg aku xpaham lg kenape dia tue berat sebelah, kos aku nk wat prog ape2 bukan maen lg susah nk lulus, tp kalo kos dia...senang2 je bg...
mmg xadil btul la...yg member ni lg kesian,burn duit 400 sbb byr ganti rugi utk bju yg dh tmpah sbb nk wat prog xjd...dbekukan...
bla tny lec knape prog dbekukan, dorg pun xleh bg reason kukuh, tp yg pasti bajet xlulus! hny prog akademik je bleh lulus...
bila xde prog, lec kta stud x aktif, kelab tu ade hny utk urus sal dinner n mkn2 je...tp bila stud nk wat prog, tu xboleh, ni xboleh...byk sgt alasan !!!!

3rd...
ni pasal aku sendiri...dh tgh2 tension gni lg truk aku jdnya...
pelupa xabes2...dh pinjam buku kt lib, p tgal lak...nseb ade, tgal kt dlam bilik loker beg kt lib jgk...
nseb aku ni bukan jenis yg suke g merayap sgt, so buku tue pun xpegi jauh la..
dh ulang alik ari2 pegi mn je pun...klas, cafe, lib, surau...cm borink je kan???


4th...
ari isnin ari tue patutnye ade test database...tp las2 xjd lak coz lec aku yg comey tuh ade meeting...
tp yg aku bengkek gler tue dh pg klas bru tau test cancel...mlm tue study smp kul 4 pg kot...nseb ade incik dia yg jadik peneman...huhu
ari tue g klas ase cam zombie je...naseb laaa...




tdo lam klas subject heading...sblum lec msuk..hahaha


hmm...tataula....
zatie kta masalah2 yg ade ni la wat aku jdik manusia, kalo xtension sbb masalah, bukan manusia la tue...hahaha
bleh pakai gk ayt tue...

notakaki: td kua g bli brg...then timbang berat...berat aku turun lg !!!! bila nk naek nih? asek turun jep...tp yela dh asek susa ati jep cemane berat nk naek...huhuhu

Wednesday, March 2

1001 cerita

ni adalah citer merapu...pasal meja jepun aka meja study aku...haha



meja ni akan kelihatan ghope ini apabila time aku nk study untuk test aje...bila xstudy laen plak cternya...=))

sebenarnya aku nk cite pasal asal-usul [bleh kire asal-usul gk ke?] menda2 yg ade ats meja aku nih...mostly menda2 ni lah yg aku suka, syg n org bg...[ade gk yg aku cilok...hihi]
ok..kte cter dari kiri ke kanan...[bajet ade org nk bace je]

1. LCD screen cleaning kit...ade je dok ats meja, hakikatnye tym mai rajin nk cuci je guna, kdg2 tu terpaksa gk kalo da tgk screen lappy aku nih da agk2 da bleh lukis mural..hahak..

2. notebook HP kulit kaler coklat yg kiut...notebook ni cilok along punyer..haha..punye la bodek dia ari tue, tp las2 xguna pun, sbb sem ni da ade notebook..hihi..lgipun syg nk guna, comel sgt..hihi..sbnrnya aku ni ade 1 perangai..suka kmpul notebook, tp syg nk guna... tape, wait2..Insya allah, sem dpn aku guna, okkai???=)

3. oxford dic..ni pun same gk cam cleaning kit, tym rajin nk belek je guna, kalo x guna yg lam lappy jep, xpun kalo mls lg men agk2 sendiri jep mksud dia...hahak..sgt pemalas kan aku?..=)

4. notebook HP lg..tp yg ni kecik je, kulit kaler biru ade ikan2 kecik...ni pun cilok gk, cik kak punyer, sbb dia xgna, so bio aku aku aemk je..hoho..tp yg ni guna..tym nk kira utang2...=)

5. nihon dic..ni k.niey tlg beli kt kinokuniya...sbb dah lma angau kt kamus ni, pastu melilau carik kt kb mall xjumpe2, so dia tulun la belikan tok aku..lum bayo lg nih...hehe...even aku xsuke kaler pink, tp sebab ia ade relate dgn jepun, so i like it very much laa...<3

6. timbunan dvd kosg...waiting for my nero burner...nk burn cte2 lam external n lappy, tp xsmpat g coz byk keja n xsmpat nk wat movie marathon lg..huhuhu

7. smiley mug... mug ni dpt maser dip..sbb mantan ajk kelab kaunseling, siap ade penutup lg...syg sgt, sebenarnya aku ade byk mug, n mostly org bg...n op kos i like it!!! <3

8. usb hub... aku suker sbb kaler putih...dulu dh ade 1, tp rosak..ni bru beli mse pc fair ari tue...

9. bekas pencil...suker sbb kaler biru n comey je mcm tuan dia..hihi..dh lma dh ni, ms part 1 dip ag, beli sama ngan iena...

10. gunting..ni ecah punye...letak lam kotak aku ms dip dulu..las2 xjumpe dia dh..smpai skang aku gune..=)

11. tabung rumah cendawan...ni cik kak bg mser besday taun 200? [lupe sbnrnyaa..haha]..suker jgk...<3

12. botol air... bru beli sem nie..sbb yg dulu tu tertinggal kt depo bas, g cari blik xde dh, so tpaksa beli yg baru n suker sbb kaler ijau yg unik tue...

13. cekak rambut...beli kt mydin ngan hae mase cuti ari tue...ader buah ceri lg..hihik...incik dia kate ia adalah kaler pink, ia adalah kaler merah la syg..hohoho

14. tabung botol susu...aku pun xtau nape aku suker ngan tabung nie..ni aku letak duit syiling yg budak2 ni print asaimen...tp yg harunye tabung ni xleh masuk syiling 5posen..huhuh

15. lampu meja...ni suke sgt3...baru beli sem ni..sbb ase lemas bila tutup lampu, bilik aku gelap sgt..n lg 1 sbb slalu tdo lmbt kesian ausmet aku kalo bkak lampu sampai pagi...

16. lastly...jam loceng...ni pun cik kak gk bg..sbnrnya aku yg bodek dia belikan tok aku...hohoho..bese la, aku kan kmbar kesayangan dia, dia mesti belikan punyer...hihik...