INFO TENTANG PENYAKIT ASMA
Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakit mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.
Penyakit Asma melibatkan semua peringkat umur , keturunan dan jantina .
Penyakit Asma boleh dikawal dengan rawatan yang berterusan dan pesakit boleh menjalani kehidupan yang normal .
Penyakit Asma merupakan penyakit kronik utama di kalangan kanak - kanak.
Penyakit Asma akan bertambah teruk dan boleh membawa maut sekiranya tanpa rawatan yang berterusan.
Penyakit Asma di kalangan orang dewasa boleh pulih buat sementara dan ianya tidak boleh disembuhkan.
Penyakit Asma juga boleh berpunca daripada keturunan.
info ni aku amek kat sini info penyakit asma
*notajari; 3 point terakhir tu yang wat aku mengeluh panjang...**sighhhhhhhh
Ya Allah, tabahkanlah hatiku mengahadapi dugaan ini.
Ya Allah, tabahkanlah hatiku mengahadapi dugaan ini.
"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya."
(Al Baqarah 286.)
0 comments:
Post a Comment