Friday, April 8

mimpi mainan tidur?


betulkah mimpi tu mainan tidur?

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”

Terdapat  tips yang dapat membezakan ketiga-tiga mimpi tersebut:

Sekitar, 5 minit setelah terbangun, kita akan melupakan 50% jalan cerita mimpi tersebut. Setelah 10 minit, hampir 90% mimpi itu telah kita lupai (fakta). Fakta ini hanya untuk kategori 2 dan ke-3. Walaubagaimanapun, mimpi daripada Allah akan kita ingat walaupun berjam-jam setelah kita bangun dari tidur. Cuba kita ingati setiap detail mimpi tersebut. Jika kita terlupa walaupun sedikit detail, maknanya mimpi itu hanyalah mainan tidur semata-mata.

"Kadangkala sesebuah mimpi mampu memberi ilham kepada kita"

Sebenarnya n3 ni rentetan daripada mimpi aku 2,3 malam yang lepas...
Aku mimpi jumpa dengan arwah mek…
Mimpi tu sangat terkesan pada aku…
Aku mimpi aku balik rumah dan jumpa mek…
Dalam mimpi aku tu mek memang sakit…masuk hospital…
cumanya mek tak meninggal...
Mek dapat keluar hospital, tapi aku tengok mek kurus sangat-sangat… tak pulih sepenuhnya...
Tapi yang aku tau, bila aku tengok mek time tue, aku terus terpa dan peluk mek kuat-kuat…
Aku menangis semahu-semahunya...
Yang aku pelik,  dalam mimpi tu aku tak sangka mek ade lagi, macam sebelum tu aku dah tau yang mek dah meniggal...ini mek boleh keluar hospital, aku boleh peluk mek… tu yang aku boleh tak sangka tue... 

aku tanya kawan aku...ape pendapat dia, agak-agak ape maksud mimpi aku tue...
betulkah mimpi tu hanya mainan tidur...
then dia cakap macam nie...

"mainan ke tidur ke tidak tu yang tak penting,
tapi kita yang rase, 
yang penting kita yang selalu ingat dekat mak kita,
ambik ape yang baik, fikir dari sudut positif, selalu ingat mak,
selalu baca Al-Quran dan sedekahkan al-Fatihah untuk mak"



zati~aku~ita

 "terima kasih kawan"

0 comments:

Post a Comment